Temberang Ahli Politik

Sesiapa kalau nak kena tangkap dek polis atau pun kastam serta SPRM dan tak ingin bermalam di dalam lokap atau pun bilik kurungan pergilah belajar dari Gobala dan juga Pegawai Khas Ronnie Liu, depa ni memang boleh dikatakan no wahid siap boleh naik ambulan lagi sebab malu nak naik kereta polis. Lagi satu ahli politik jangan disentuh sebab mereka akan tepis tangan anda kerana mereka ni suci murni bab kulit bayi, tangan hangpa kasar dan penuh dengan kuman dan najis. Oleh itu beringatlah jangan sesekali sentuh orang politik terutama Gobala ni kerana dia memang pelakun no wahid siap boleh menjerit kesakitan konon kononnya.
Lagi satu hangpa tak payah la nak percaya cakap cakap orang politik tak kira depa ni ada serban ke ada kopiah ke atau tidak memakai apa apa sebab depa akan bercakap ikut nada politik tak kira depa ni ulamak ke ULARmak ke sebab depa ni semua cari makan dengan politik. Kalau hangpa tak percaya hangpa pi tanya kerajaan negeri kenapa jalan jalan di sekitar Pasar Siti Khadijah dibuat seolah olah memberikan kelebihan kepada sesuatu di sekitar kawasan tersebut, kalau hangpa tak percaya cuba hangpa halusi betul betul jalan disekitar kawasan tersebut dan tanya orang orang yang berniaga disekitar kawasan tersebut bagaimana punca rezeki depa sekarang. Tapi den tak kisah sebab depa ni dah selalu cakap PARTI PAS DIUTAMAKAN TEMBERANG DIDAHULUKAN
Den bukan apo semakin lama semakin sedih tengok kaum melayu dok bercakaran tetapi kita dok berebut kuasa dengan menyerahkan sesuatu yang sah milik kita kerana takut kehilangan kuasa ataupun dok nak berebut kuasa sehinggakan kita sendiri mengabaikan perasaan dan kepentingan orang melayu dan sememangnya HAK KITA UNTUK DIPERTAHANKAN.
*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).

*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.

*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.

*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).

*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.

*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.

*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.

*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).

*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.

*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.

*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.

*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.

*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.

*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.

*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam) <–tempat awam

*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.

*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit. (Siap ber'take beer' lagi)

*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).

*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.

*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.

Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.

*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.

*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

1 Comment

  1. Mudz said,

    19 August, 2009 at 3:49 pm

    Bila orang UMNO makan rasuah…………Mufti duk pakai celana.

    UMNO parti penghianat Melayu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: