PAS dan Islam

Adakah betul parti islam? betulkah ahli ahli PAS mengamalkan nilai nilai murni ajaran agama islam? Betulkah ahli ahli PAS tidak pernah mengeluarkan kata kata kesat atau melakukan perbuatan yang tidak melanggar ajaran islam? Pernahkah pemimpin PAS mengkafirkan sesama umat islam hanya kerana kuasa? Pernahkah pemimpin PAS tidak bersubahat di dalam menegakkan kebatilan hanya kerana kuasa?
Persoalan ini sering bermain difikiran den apabila dipelawa menyertai PAS kerana PAS lebih islam dari UMNO kununnya dan oleh kerana den selalu bergaul dengan ahli ahli PAS serta pemimpin PAS bukan hanya di peringkat bawah den selalu menolak pelawaan ini dengan baik walaupun depa ni tao den takkan menyertai PAS kerana den lebih rela tidak berparti dari dok bawah bayang bayang PAS yang lebih banyak berpura pura dari hidup di alam realiti.
Den harap PAS boleh mentarbiahkan ahli ahlinya supaya lebih berkelakuan sebagaimana kehendak agama islam dari dok maki hamun orang. Seperti kata kalau nak menarik perhatian anak dara kenalah berkelakuan sopan santun bukan berkelakuan seperti pelesit. Udah banyak kelakuan ahli PAS ni den tengok bukan sahaja dalam pilihanraya kecil tetapi dalam dunia seharian depa .. Hello den kan selalu dok dengan hangpa semua kalau tak maki hamun orang memang tak sah .. betui ka dak

Meli Kapak Jangak

Antara faktor saya mula kurang cenderung terhadap Pas
(BAHAGIAN KE-2)

FIRMANALLAH, mafhumnya;
“Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi maha Mengetahui” – An Nisaa’: 148.

Orang Pas kata kepada orang Umno macam-macam. Menate, toghut, sama dengan komunis, sama dengan ajaran Sesat Ayah Pin. Kalau saya terus sokong Pas, apakah wajar sedangkan Allah tidak menyukai ucapan-ucapan yang buruk. Kalau saya belum temui ayat berkenaan, tak apalah kalau saya terus cenderung pun.

Sementara saya bertemu dengan ayat al-Quran lain serta hadis yang membuktikan Allah atau Rasul-Nya sukakan ucapan yang buruk, maka saya kena kekallah berhenti dari cenderung kepada Pas.

“JIka kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atan memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa” – An Nisaa’:149.

Saya nampak pemimpin Umno ada ciri-cir itu. Kalau ikutkan kuasa yang dimiliki sebagai kerajaan, pimpinan Pas dan parti pembangkang lain yang mengecam peribadi pimpinan Umno/kerajaan, malah yang menyebabkan berlaku demonstrasi menyebabkan ketenteraman awam terganggu dan kerosakan harrta awam, pemimpin utama Pas dan parti-parti pembangkang boleh disumbat ke dalam jel.

“Allah berfirman: Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu aku menyuruhmu menjawab iblis: saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptkan saya dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah” – Al-‘Araaf:12.

Riak, sombong, angkuh, bongkak, takbur dengan menganggap kita lebih mulia dari orang lain, dimurkai Allah. Walaupun ayat berkenaan ditujukan kepada iblis tetapi inyaterpakai untuk rujukan serta teladan dan sempadan kita kerana al-Quran releven hingga kiamat.

“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” – Al-Anfaal:61

Ketika ada gagasan kerajaan perpaduan yang sepatutnya disokong kerana ianya menepati seruan ayat ini, kenapa ada pemimpin Pas mengamuk sakan dan boleh anggap penyokong gagasan itu sebagai pembawa sampah sarap dalam Pas.

“Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindunganmu), Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu’min” – Al-Anfaal:63.

Kalau betullah bimbang ditipu oleh Umno berhubung gagasan kerajaan perpaduan (gagasan itu datang dari Presiden Pas, bukannya dari Presiden atau mana-mana pimpinan Umno) kenapa tidak boleh percayakan perlindungan Allah suoaya tidak dikecong?.

Apakah orang Umno lebih bijak dari Allah untuk menipu atau apakah penolakan kerana tokoh Pas berkaitan takutkan bayang-bayang dan bimbang akan pecah tembelang atau bimbang akan kehilangan kepentingan?

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” – Al-Nahl:20.

Bila ada usaha untuk damaikan umat Islam yang tidak sealiran parti politik melalui gagasan kerajaan perpaduan dan meredakan permusuhan, kenapa ditentang, apa tujuan dan maksudnya?

“Janganlah orang-orang mu’min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mu’min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)” – Ali ‘Imran:28.

Pembentukkan kerajaan dengan Umno ditolak, kerjasama dengan DAP diterima. Kalau kerajaan yang ada ditumbangkan, yang akan jadi leader tokoh Pas atau DAP.

Sejahat-jahat Umno pun tidak ada yang telibat dengan genstar atau pun kegiatan ah long. Bila terbabit dengan kegiatan ahli long maknanya terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah, pengedaran dadah dan sebagainya.

Lagi pun Pas ada berapa kerusi untuk jadi leader?. Soalnya betulkah dengan menolak Umno tetapi menerima DAP, perjuangan Pas betul-betul selari dengan Islam. Saya dalam proses mencari jawapannya

SPRM

Nasib lu la SPRM orang mati pun lu kena .. lain kali nak siasat tu panggil semua wakil parti politik kalau ada yang terjun bangunan lu tak sakit kepala .. skang mata lebam dah jadi juara siap berceramah tepi jalan .. dah le kes liwat jadi kes VIP semua dia nak mahkamah ikut macam le mahkamah tu mak bapa dia yang punya .. apa istemewa dia pa la punya mangkuk hayun dok ikut perangai dia ..

Rasuah

Masalah rasuah dalam pilihanraya, Den nak tanya gak kalau bagi duit tu rasuah .. tapi kalau bagi rumah macam mana tu musang, hangpa tak payah la nak berselindung atas nama parti islam tapi perangai cam setan .. kalau menipu dalam islam tu berdosa tak kira pas ke umno ..

Solat & Menipu

Lepas solat menipu .. lepas menipu solat .. lepas solat bercakap bohong hangpa fikir betui ka perangai camni .. hangpa fikir kenapa den cakap camnie .. hangpa pi baca kes Nasharudin ngan Nik Aziz dan juga Haji Hadi .. kalau hangpa tak nak baca media perdana sebab banyak menipu .. hangpa pi baca blog

« Older entries