Memang Mangkuk

Den ada terbaca di dalam web yang membicarakan tentang kepulangan MAHARAJA KOMUNIS CHIN PENG oleh pihak yang mempertikaikan kenapa kerajaan Malaysia tidak membenarkan beliau balik dan bagi den semua ini isu yang dipolitikkan kerana seperti posting den sebelum ini PAS memang MANGKUK dan PKR memang RAJA MANGKUK tidak menegndahkan perasaan orang lain demi kesempatan yang boleh diraih serta dimanipulasikan.
Bagi den orang PAS ni tak lebih dari PENGEMIS MURAHAN yang akan mengambil apa sahaja demi kuasa kerana itu yang di ajar kepada mereka dan ini telah terbukti dari lidah lidah bercabang mereka sejak kebelakangan ini dan ini telah menjelaskan lagi betapa rendahnya mertabat dan maruah orang PAS ini. Anda boleh memerhatikan jika sesiapa sahaja yang menyebelahi PAS, mereka ini akan menyanjung serta membelai seperti bayi yang baru lahir tetapi jika melawan kehendak mereka pemimpin PAS sendiri akan diperlakukan seperti apa yang pernah terjadi kepada TIMBALAN PRESIDEN PAS sendiri bukan kecik anak jawatan tersebut tetapi orang PAS ini tetap taksub dengan pendirian mereka yang lebih dari keras kepala.
Bagi den orang PAS ini seperti juga pemimpin mereka bab mengutuk serta memaki hamun memang handal tak kira dalam apa jua keadaan dan masa. Dalam ceramah dan jua percakapan seharian jika tidak memaki hamun orang UMNO dan pemimpin kerajaan memang tidak SAh tetapi kalau tidak berduit atau keadaan kewangan tidak mengizinkan pandai pula mencari pemimpin kerajaan demi sesuap nasi dan mencetus isu bagi mempopulariti diri mereka sebagai RAJA PENGEMIS walaupun isu yang diperkatakan kekadang tidak masuk akal. Bagi den ada di antara EXCO Kelantan bertaraf ORANG GILA KUASA kerana akan mencetuskan isu isu bagi mengalihkan pandangan orang terhadap isu yang melibatkan pemimpin mereka atau orang yang mereka sanjung.
Kini wujud web yang menggelarkan Datin Seri Rosmah sebagai Perempuan Puaka! beginikah perangai orang kita berpolitik sehingga sebegitu sekali kita menulis demi sesuap nasi! demi kuasa! demi sebuah kerajaan! juga sehingga sanggup mengeluarkan video clip walaupun mungkin ada benarnya cerita tersebut tetapi sanggupkah kita membuat begitu tapi den pasti orang PAS dan PKR memang sanggup malah 1000 kali sanggup untuk membuat apa sahaja demi sebuah kuasa.
Kalo dulu Mat Sabu dianggap sebagai ayam laga PAS dalam berceramah kini den nak tengok sejauh mana kekuatan ayam laga baru PAS berceramah di dalam menghentam dan mengata BN tanpa mengira sempadan kemanusian. Tunggu dan lihat sejauh mana ayam laga PAS akan berkokok ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: