Fitnah

Fitnah Fitnah Fitnah .. agak agak sampai bila perkataan ini akan bermain di bibir pemimpin PAS dan sejujurnya adakah mereka faham makna perkataan FITNAH itu sendiri dan apa akibatnya jika perkara ini berleluasa di kalangan kita ..
Seperti kata Haji Hadi tentang Kerajaan Perpaduan begitu juga tentang penglibatan Najib dalam kes Altantuya, yang mana boleh dikategorikan FITNAH jika anda seorang ahli PAS, pendokong parti PAS dan juga taksub pada PAS? Adakah kerana kita menyokong satu satu parti politik kita akan taksub pada parti bukan pada KEBENARAN? Yang mana satu pilihan anda jika anda seorang yang waras dan juga anda seorang yang berpegang pada ajaran Islam?
Kenapa saya menulis sebegini rupa? Adakah kerana saya seorang ahli UMNO atau kerana saya memang menyokong parti UMNO sejak kecil sehingga sekarang walaupun ada juga tindakan UMNO yang saya tidak setuju dan saya melahirkan perkara tersebut di dalam perbualan saya dan pernbuatan saya meskipun sampai kini saya masih begitu.
Saya memandang serius perkataan tersebut kerana bagi ahli ahli PAS apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka semuanya benar dan pemimpin mereka adalah maksum kerana perkara ini telah ditekankan sejak mereka kecil lagi, dan apa jua perbuatan pemimpin mereka jangan disanggah mahupun dipertikaikan kerana perbuatan mereka memang sentiasa benar sama sekali dan tiada yang benar selain dari yang benar benar belaka.
Dulu Haji Hadi pernah mengeluarkan fatwa yang mengakibatkan ribut di kalangan ahli PAS yang mana mereka bawa isu ini kerana UMNO berkawan dengan MCA dan MIC namun kini mereka menghalalkan perbuatan yang mereka pandang jijik dulu meskipun sekarang PAS seumpama lembu yang dicucuk idung hanya kerana semata mata KUASA. Kini segala perbuatan yang dilakukan oleh ahli PAS, DAP mahupun PKR dibolehkan malah akan menyokong satu sama lain dan jika dulu ahli UMNO akan dikutuk tetapi apabila menukar baju kepada yang mereka suka ahli UMNO ini akan dijulang sehabis tinggi dan diletak pada kedudukan yang mulia di sisi mereka. Inilah yang dinamakan kerana KUASA.
Semalam juga Haji Hadi bercakap pasal fitnah .. bagi den lantak le labu ko nak bercakap tentang apa pun kerana yang pasti semua ini memang kerana kuasa .. cukup cukup la wahai pemimpin PAS, anda telah banyak hanyut kerana kuasa dan terlalu rakus pada kuasa sehingga sanggup mengadai maruah hanya semata mata kerana dendam yang bersarang di dalam hati. Hanya kerana kuasa anda tidak akan memberikan pertimbangan yang saksama. Kalau anda menyanjung Nik Aziz sebagai separuh wali itu Lu Punya Pasal kerana bagi den Nik Aziz tidak akan diberikan taraf itu kerana beliau berkepentingan dalam apa jua perbuatan dan perbualan beliau kerana beliau adalah Menteri Besar Kelantan lain le beliau hanyalah Tok Guru yang mengajar di pondok pondok yang tidak berkepentingan langsung dalam pentadbiran negeri dan parti .. skang Lu Fikirlah Sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: