Harga RM50Juta

50juta1Setiap kali ada isu sebagaimana sekarang mesti ado yang dok meroyam nak menglamerkan diri. Pagi kelmarin baru den baca ada ura ura dia ni nak masuk UMNO dan sedang diburukkan oleh blog blog yang dok jilat PKR tetiba ada plak Akuan Bersumpah dari manusia yang di caci maki oleh blog penjilat PKR ni dengan mengatakan akan disogok RM50juta oleh DS Najib yang sering menjadi mangsa tohmahan gara gara akan menjadi PM pada Mac 2009.

Mula mula isu ADUN yang dikatakan nak melompat pastu akan meletak jawatan banyak plak jurucakap kat situ nak percaya yang mana pun susah, tuan punya diri tak mengaku tapi orang lain pulak yang terlebih sudu, Kalau den kata kang ado yang terasa sampai caci maki plak tapi memang dah serupa macam mangkuk hayun semua dah jadi gila apabila terpandang bab duit tapi mulut je kata TAK NAK sedangkan hati bergelora siap dok fikir macam mana nak rebut peluang terhidang tu. Bagi den RM50juta bukan sedikit boleh termenung panjang beb tapi bagus la ada pemimpin yang tidak memandang wang ringgit tapi maruah lebih penting sehinggakan sogokan sebanyak itu boleh diketepikan dengan mudah. Alangkah mulianya orang seperti ini dan kalau nak dikira dengan RM50juta boleh membina 500 buah balairaya persendirian bagi kegunaan anak anak nelayan yang ibubapa sampai menangis ingin menyekolahkan anak anak mereka.

Di mana letaknya nilai kemanusian kita? Anak anak dibiarkan berpanas hanya semata mata ingin ilmu tanpa menyedari orang dewasa sanggup mempolitikkan segala benda termasuk tong NAJIS dan juga tempat keluarnya NAJIS!

Politik di Malaysia sudah huru hara sehinggakan kadangkala ugama pun sanggup dipermainkan hanya semata mata inginkan kuasa. Renungkan balik adakah ini semua yang kita inginkan apabila kita menceburi politik? Sudah berapa ramai yang balik dari kubur mengatakan wang boleh membeli segala galanya, sudah berapa ramai yang balik dengan mengatakan hanya parti ini saja yang memperjuangkan agama dan boleh emnjamin masuk syurga. Fikirkan fikirkan balik sebelum kita membuat apa apa tindakan sehinggakan Akuan Bersumpah pun sudah menjadi permainan hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: