TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

Tun,


1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

5 Comments

  1. ARIFFIN JAAFAR said,

    20 January, 2009 at 1:18 am

    Pada pandangan saya, kenapa Tun tidak berkempen di KT kerana Tun sudah keluar dari UMNO, jika Tun berkepen lagi pengundi marah.

    Kekalahan BN pd pandangan saya, banyak dimain oleh media masa dan elektonik kerana terlalu banyak berita tentang kejayaan BN dipaparkan tidak ada berita buruk. Cuba ubah jangan siarkan apa-apa berita yg berlaku di KT.

    Berita keluar parti, ini juga berita yg tidak patut disiarkan baik akhbar dan TV. Akibat dari berita ini parti penbangkang bertambah marah. Kenapa tiada berita tentang ahli BN keluar parti beramai-ramai disairkan. Ini harus kita renungankan.

    Kenapa tidak dijemput ahli-ahli kompeman lain berucap di KT. kita ada MIC,MCA , GERAKAN dll. Mengapa harus orng UMNO saja yg berkempen. Katanya BN berbilang kaum.

  2. Kamal said,

    20 January, 2009 at 2:23 am

    Apa yang Tun cakap tempoh hari ada betulnya. UMNO sudah menuju kehancuran dan saya berpendapat UMNO perlu membuat perubahan drastik dalam pemilihan MAC 2009 ini. Saya tidak setuju Tun yang perlu berjumpa dengan Pak Lah tetapi beliaulah yang sepatutnya berjumpa dengan Mantan kita ini. Pak Lah perlu mengambil inisiatif ini bukan dari Tun yang telah banyak berjasa kepada negara ini. Pandangan Tun selama hari ini terhadap negara dan UMNO amatlah ikhlas sekali dan banyak kebenarannya. Seharusnya Pak Lah perlu menghormati beliau dan saya tidak setuju apabila dikatakan Pah Lah tidak pernah menyimpang perasaan dendam terhadap Tun.

    Dato Mukhriz sepatutnya bertanding di Parlimen Langkawi tetapi kenapa di letakkan di Jerlun kubu kuat parti pembangkang.Adakah kerana nak pastikan beliau tersungkur dan terus padam karier politiknya di dalam UMNO.Ramai yang tahu keadaan ini tetapi akhirnya pengundi Jerlun bijak membuat keputusan dimana Adun diberi kepada parti pembangkang dan Parlimen diberi kepada UMNO. Adakah betul tindakan Pak Lah ini ataupun memang beliau berhasrat untuk melenyapkan Mukhriz dan Tun dari pandangan ahli-ahli UMNO.

    UMNO memang umum tahu sudah banyak masaalah dalamannya. Pilihanraya kecil di Terengganu sudah bukti kekuatan UMNO sudah rapuh dan ikhlas saya katakan sudah menuju kehancuran. Hari ini sudah sampai masanya perwakilan yang akan menghadiri di Perhimpunan pada bulan MAC 2009,perlu membuat satu tindakan dan perubahan yang drastik.Politk wang haruslah dihentikan dan perwakilan seharusnya membuat pemilihan yang tepat dan ketepikan calon-calon yang mengggunakan wang untuk mendapat tempat dalam UMNO.Kalau ini tidak berlaku maka saya percaya UMNO sudah tidak relevan lagi di negara ini.Persoalanya apa akan terjadi di negara kita ini nanti….

    Pemimpin-pemimpin UMNO perlu ada perubahan dalam diri mereka sekiranya mereka memikirkan masa depan orang Melayu di negara ini. Slogan berjiwa rakyat selalu berkumandang setiap kali pilihanraya dan adakah mereka pratikkan apabila di beri peluang untuk menjadi ADUN ataupun ahli PARLIMEN.Kadangkala rakyat melihat setiap pergerakan pemimpin-pemimpin ini dari segi kedudukan mereka,kehidupan mereka yang penuh dengan kemewahan,bermuka-muka dan tidak mesra rakyat, sombong, pandai berlakon, dan yang paling penting apabila menjelang pilihanraya barulah muka-muka mereka kelihatan seperti pemimpin unggul yang datang dengan kereta mewah mendengar kelohan rakyat.Tapi apa mereka buat sepanjang 5 tahun apabila diberi mandat untuk berkhidmat.Ini bukan pandangan saya tetapi dari akar umbi yang saya temui dan berbicara tentang pemimpin-pemimpin UMNO yang ada di negara ini.Kadangkala didepan cakap lain,dibelakang buat lain.Inilah masaalah besar pemimpin-pemimpin UMNO masa kini.Rakyat perlukan pemimpin yang ada sifat semulajadi yang berjiwa rakyat, hidup dengan kesederhanaan dan yang paling penting ada sifat-sifat keagamaan dan patuh kepada ALLAH s.w.t.

    Saya berpendapat sudah sampai masanya dua parti yang hebat di negara ini untuk bergabung demi untuk agama,bangsa dan negara ini.Lihatlah apa yang sudah jadi di bumi Palestine, antara puak Hamas dan Fatah.Akhirnya Israel mengambil kesempatan diatas kelemahan pemimpin-pemimpin Islam di sana. Bagaimana dengan kita disini. Harus ingat kita dibahagi 2 semasa zaman Tunku dulu. Sekiranya kita berpecah, adakan nasib kita seperti di Palestine. Renung-renunglah bersama dan saya berpendapat PRU13 ini cukup hebat cabarannya apabila kita lihat rakyat sudah tolak UMNO dan BN amnya.Saya yakin Tun sudah lihat nampak gambaran apa yang akan berlaku dan kerana itulah beliau begitu lantang bersuara terhadap Pak Lah kerana sayangkan UMNO dan negara ini.

    Terus terang saya katakan memang saya ingin melihat Pak Lah dan Tun dapat duduk bersama demi agama,bangsa dan negara ini.Yang penting Pak Lah yang harus membuang sikap egonya, bukan Tun kerana kita orang Melayu penuh dengan budi bahasa yang tinggi. Yang muda perlu mohon maaf kepada yang tua.Falsafah ini sekiranya di ikuti, selamatlah segala-galanya.

    Sekian.

  3. penulis_cyber said,

    21 January, 2009 at 5:16 am

    Siapa sahaja mulakan usaha berdamai, ia pasti menjadi satu penanda atas tahap ketinggian akhlak negarawan kita dan besar hati mereka di dalam berusaha mencari perdamaian dan membuat genjatan senjata.

    kita tunggu siapa yang akan mulakannya..

    moga malaysia sentiasa aman dan damai sejahtera untuk semua.

  4. paloi said,

    22 January, 2009 at 4:06 am

    tidak payah paklah bertemu mahathir. tunggu saja najib naik pm tgk mahathir akan membantu najib atau tidak? kalau mahathir ikhlas dia akan membantu najib. kalau tidak bermakna….kau fikirlah sendiri hehehe

  5. DSBL said,

    1 February, 2009 at 4:43 pm

    THE DAY NAJIB KILLED ZAKARIA DEROS

    1.On March 8th 2008, Malaysia’s opposition parties had won unexpected victories in the states of Kedah, Penang, Perak, Selangor and PAS maintained Kelantan

    2.The BN was in serious trouble and could not believe that the economic powerhouses of Penang and especially Selangor had fallen.

    3.Zakaria Deros, the assemblyman who was largely faulted for Selangor’s fall together with Khir Toyo was informed of an emergency UMNO meeting on the night of March 10th 2008 at Najib’s house.

    4.However on arrival, Zakaria was surprised to see that there was no one there except for him, Najib and his bodyguards. “Where are the rest?” Zakaria asked. “This is a confidential meeting between the both of us only” Najib replied

    5.Najib, then Defence Minister, came straight to the point. Remember 13th May 1969, the incident that my father was involved in? I want you to start a similar incident in Klang. I will call in the army and impose emergency rule afterwards. If you agree, you will be rewarded amply; otherwise you will pay heavily for your corrupt deeds and for the fall of Selangor.

    6.Zakaria in his loud and gruff voice not only made it clear that he will not be a party to a riot in Klang but also barked at Najib that he knows well that Rosmah pulled the trigger to kill Altantunya and Najib Oked the C4 of the body.

    7.Zakaria further screamed at Najib that he will expose this to the public.

    8.The enraged Najib instructed his bodyguards who set upon Zakaria and beat him up till he became unconscious eventually suffocating him by strangling and killing him.

    9.The well oiled team covered up the entire incident as Zakaria having a heart attack at just after midnight March 11th 2008.

    10.His body was quickly brought back to his mansion in Klang, and sent off for burial in Malacca by late morning March 11th 2008.

    11.Corrupted to the core though Zakaria was, he saved the people of Klang from falling for Najib’s evil calling although his sons did try to start an incident unsuccessfully in Telok Gong. Zakaria however paid a heavy price. His own death. If his body was excavated, apart from the strangulation, the injuries include multiple rib fractures, punctured lung and a possible a liver tear.

    12.The depth of cruelty and evil that both Najib and Rosmah bear is unknown to many Malaysians. The country is really entering a very dangerous period of its history. UMNO’s culture since Razak, has been that the end justifies the means. Malaysians will now have to decide how bloody this end is going to be.

    look here : https://mt.m2day.org/2008/content/view/17456/84/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: