Bingkisan Dari Ganu

sokong1

Syed Azman tidak muncul

Setelah beberapa hari tempoh kempen berjalan, didapati Dr Syed Azman masih lagi tidak kelihatan bersama-sama dengan calon kita di Parlimen Kuala Trengganu. kenapa perkara ini masih tidak ditangani oleh pimpinan parti dan jentera kempen kita? Apakah Dr Syed Azman memang tidak mahu diatur oleh jentera parti atau beliau masih tidak dapat melupakan kekecewaan peribadi tersebut? Pimpinan tertinggi parti seharusnya betanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini.

Dr Syed Azman perlu melupakan episod peribadi beliau dan menyiapkan pengikutnya untuk turut sama berkempen di Kuala Trengganu. Ketidaksungguhan beliau itu mengelirukan ahli kita dan boleh memecahbelahkan parti. Sebarang tindakan bersifat peribadi seharusnya dielakkan untuk keutuhan parti. Pemimpin besar seperti Dr Syed Azman tentunya tidak sanggup melihat parti kalah dalam pilihanraya ini.

rentetannya :
Kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu sudah menghampiri seminggu tetapi tanda-tanda protes dari golongan muda terhadap calon kita semakin ketara. Tidak banyak kelihatan anak-anak muda yang sentiasa menyokong kita selama ini berkeliaran dengan bendera parti. Suasana tidak meriah sepanjang kempen beberapa hari ini seolah-olah menampakkan bahawa sokongan masyarakat tempatan terhadap parti kita semakin merosot.

Apakah ini tanda-tanda bahawa calon kita akan tewas dalam pilihanraya ini? Kalau itulah yang akan berlaku, maka benarlah kata masyarakat setempat bahawa pemilihan calon kita kali ini adalah tidak tepat. Sokongan golongan muda terhadap Dr Syed Azman ternyata amat ketara sekali. Ura-ura bahawa beliau telah tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangkan calon kita perlu diketepikan segera. Dr Syed Azman juga perlu melupakan soal kekecewaan dalam parti berhubung pemilihan calon ini untuk membantu memenangi pilihanraya ini. Beliau seharusnya lebih berjiwa besar demi menegakkan kedaulatan Islam yang kita cita-citakan. Janganlah kerana ketidakpuasan hati sendiri menjadi penyebab kekalahan parti.

Isu Negara Islam

Nampaknya pimpinan parti kita perlu menyatakan pendirian yang jelas tentang isu penubuhan Negara Islam. Isu ini telah membawa kepada perpecahan dan salahfaham sesama ahli sehingga sudah ada kedengaran di kedai-kedai kopi bahawa ada ahli kita yang meragui keikhlasan pimpinan untuk meneruskan cita-cita tersebut. Ianya semakin berkecamuk apabila sahabat kita dalam Pakatan Rakyat, DAP secara terang-terangan meminta pimpinan kita menyatakan pendirian tersebut dan mengugut untuk menarik diri sekiranya kita masih bercita-cita meneruskan agenda tersebut.

Persoalan besar bagi kita adakah kita perlu parti yang sedemikian yang tidak sama sekali menerima dasar kita? Apakah perlu kita terus menjadi adik tiri dalam Pakatan ini? Percayalah bahawa Allah bersama-sama kita dalam perjuangan ini dan kita tidak memerlukan musuh dalam selimut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: