Antara 2 Darjat

http://www.malaysiakini.com/news/94940 

‘Bukan ucapan terima kasih…’
Dec 16, 08 3:59pm
Panglima Angkatan Tentera Tan Sri  kesal dengan tuduhan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 6 Disember lalu.

general abdul aziz zainal“Bukan ucapan terima kasih yang kami dapat sebaliknya dakwaan tidak berasas ini,” katanya pada majlis penyampaian kalender 2009 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibunegara hari ini, lapor Bernama.
    
Selain dakwaan kononnya anggota penyelamat tidak menjalankan tugas dengan baik, ada juga yang menuduh anggota tentera minum arak selain dakwaan kononnya anggota penyelamat menyuruh penduduk menyelamatkan sendiri harta benda mereka.  

“Kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam misi tersebut dan anggota-anggota yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah.
    
bukit antarabangsa landslide victim unglu farid ungku abdul rahman interview 121208 03“Sepatutnya masyarakat di situ berterima kasih kepada semua pasukan yang terlibat dalam operasi itu, bukan membuat dakwaan yang tidak berasas,” kata Abdul Aziz.

Beliau berkata masyarakat sepatutnya menghargai pengorbanan anggota penyelamat yang terlibat.
    
Abdul Aziz berkata operasi mencari dan menyelamat ATM telah ditamatkan sejak jambatan taktikal milik ATM dibuka dan jambatan kekal siap dibina dua hari lepas.
    
“Kita telah menamatkan operasi…pihak tentera hanya terlibat dalam operasi ketika kecemasan sahaja. Operasi sekarang diserahkan kepada pihak majlis perbandaran dan polis,” katanya.
    
Insiden tanah runtuh yang berlaku pada 4 pagi itu meranapkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dan meragut empat nyawa. 

kenapa ini berlaku? Adakah yang ditolong bukan dari golongan berpendapatan rendah yang ucapan terima kasih tidak lekang dari mulut mereka atau kerana golongan tinggi ini memang sudah tidak mempunyai kata kata tersebut di dalam perbendaharaan kata mereka memandangkan mereka mempunyai banyak wang dan tak kisah kalau masyarakat tidak menolong mereka kerana selama ini pun mereka bukan pun hendak berkawan dengan golongan rendah. Cuba bandingkan kisah di Bukit Antarabangsa dengan di Ulu Yam berapa kerat sangat bantuan dihulurkan berbanding dengan di Bukit Antarabangsa yang melimpah ruah sehingga mengamit ahli parlimen datang melawat? Janganlah memilih bulu untuk menghulurkan bantuan dan jangan memandang sinis terhadap mereka yang menghulurkan pertolongan secara ikhlas sehingga ujud pelbagai tohmahan liar hanya semata mata kerana nafsu kita sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: