Pemilihan UMNO

den tertarik dengan pendapat supaya ahli UMNO dapat membuat pemilihan pelbagai jawatan diperingkat tertinggi kerana ini merupakan suara akar umbi bukan suara G& dan pembesar pembesar UMNO yang sentiasa lahapkan projek dan menjual undi mereka bagi memboyotkan perut lagi. Kalau kerajaan boleh membuat pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk sidang parlimen apakah susah sangat untuk UMNO yang mendokong kerajaan sekarang membuat pemilihan tersebut sebagai langkah memerangi rasuah politik (itu pun kalau cakap serupa bikin) sekaligus menafikan pemimpin yang menggunakan wang dan projek untuk duduk di atas kerusi empuk dan ahli UMNO boleh membuat pilihan.

Den juga merasakan ini sebagai iktibar kepada semua agar sentiasa berkhidmat dengan jujur bukan berkhidmat untuk memboyotkan perut masing masing. Ini juga boleh menggelakkan dari pemimpin yang rakus pada kuasa wang kerana ada pemimpin yang tidak mahu menjadi wakil rakyat tetapi terlalu gilakan jawatan KETUA BAHAGIAN. Kita boleh mengambil iktibar dari kehadiran lawyer kangkong sepertimana kata Muhyiddin supaya lawyer kangking ini diberi surat tunjuk sebab atas tindakan kepeningan bekas senator ini. lawyer kangkong ni sebenarnya mencari jalan supaya beliau DIPECAT sebagai lesen untuk beliau melompat ke parti lain. Selepas ini tentu ahli PAS dan PKR akan memuja lawyer kangkong ini dan ditatang sebagai minyak yang penuh selepas puas memki hamun dan mencerca saban hari saban tahun semasa lawyer kangkong ini di dalam UMNO. Kalau tak percaya tunggu dan lihat masa akan menentukan tetapi dalam pengalaman den dengan golongan PAS dan PKR ini tidak mustahil akan terjadi. Senang kata siapa yang jadi ahli mereka walau sebusuk mana .. walau sekuat mana baunya mereka akan terima maklumlah tempat buangan katakan .. nak kata apa lagi ha ha ha

Seruan den kepada pemimpin UMNO jangan terlalu rakus pada kuasa bekalan yang dibawa mati hanyalah ganjaran pahala yang telah dibuat di dunia ini walau setimbun mana wang yang ada tidak dapat membeli tempat di surga nanti. Den juga mengharapkan agar pemimpin UMNO semua peringkat dengar dengarlah rintihan mereka yang di bawah ini dan sebarang perlantikan hendaklah dibuat secara bijaksana bukan dibuat semasa sedang khayal kerana ini akan mendatang musibah seperti apa yang terjadi sekarang lawyer kampung dok kong kali kong dan juga bekas calon Permatang Pauh yang merajuk sakan tak dapat sebarang jawatan atau peruntukan.

Den minta UMNO jangan jadi macam Penang yang tak dak teloq kerana takut untuk mengambil tindakan kepada wakil rakyat mereka yang dok melangut dan menjadi kudis, bukan apa kang kalau ambil merajuk sakan siap keluar parti sapa yang susah belakang juga yang susah kan, sampaikan dalam blog pelbagai tuduhan serta seruan supaya diambil tindakan namun biasalah dalam pembangkang pemimpin depa ni semuanya betul dan bebas serta BERSIAH dalam segala apa jua bentuk penipuan dan salahguna kuasa. Bagi den PR ini tak ubah seperti PENYANGAK RAKUS den buat tak apa korang buat hukuman pancung la jawabnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: