Nilai sendiri ..

saya cadangkan kepada saudara cuba la pindah dari sini..pergilah duduk di singapura… mungkin di sana saudara akan bahagia dan amat damai. Mungkin saudara lebih suka negeri kelantan di beri pada kaum lain atas nama pembangunan. .. (email ini dihantar kepada saya oleh seseorang)

Membongkar Kemungkaran- kemungkaran Pas (Bhg 2)

KEMUNGKARAN- 11
Pas hanya tahu berjanji

Pas akan tumbang kerana pemimpin Pas hanya pandai berjanji ketika belum berkuasa tetapi akan melupai rakyat apabila berkuasa.

Harakah Bil 1124 bertarikh 18 Oktober 1999 muka surat 40 memuatkan kenyataan Presiden Pas ketika itu (Allahyarham Dato Haji Fadzil Mohd Noor) yang berjanji bahawa seluruh rakyat akan memiliki rumah sendiri sekiranya gabungan parti Alternatif di beri mandat memerintah negara ini selepas pilihan raya umum nanti.

Apa yang terbukti di Kelantan, Pas gagal memastikan setiap rakyat mempunyai rumah walaupun hampir 18 tahun memerintah Kelantan.

Jikalau sebuah negeri yang kecil, pun Pas gagal menunaikan janji jangan diharap Pas mampu untuk menunaikan janji bagi sebuah negara yang besar.

Sehingga kini masih ramai rakyat Kelantan yang tidak mempunyai rumah, yang menumpang di rumah orang, menumpang tanah orang dan mendirikan rumah rakit di dalam sungai Kelantan.

Apakah pemimpin Pas tidak sesar atau berpura-pura tak tahu hal ini? Tidak malukah pemimpin Pas Kelantan dengan kemiskinan rakyat Kelantan, mereka hidup melarat di bumi sendiri sedangkan pimpinan

Pas hidup mewah dan senang lenang belaka. Bahkan ada di antara kuli balak pemimpin Pas memiliki kereta mewah.

KEMUNGKARAN- 12
Sikap wakil rakyat Pas tidak mempedulikan rakyat

Sikap wakil rakyat Pas yang menjenguk muka pengundi hanya apabila tiba musim pilihan raya bukan perkara baru. Hal ini sentiasa berlaku tetapi yang anehnya penyokong Pas boleh terima.

Sikap wakil rakyat yang susah berkira, kedekut, selalu membuat helah seperti menyebut ikan dalam kereta buruk, ana puasa, sombong, bodoh sombong adalah lumrah bagi pengamat politik Pas.

KEMUNGKARAN- 13
Cakap tidak serupa bikin

Pemimpin Pas dalam ceramah-ceramah mereka sentiasa mengambil contoh kejayaan Khalifah Umar Abdul Aziz yang berjaya memakmurkan rakyat di bawah pemerintahannya.

Rupa-rupanya apabila Pas perintah Kelantan, jelas Pas tidak mampu memakmurkan rakyat Kelantan. Masih terdapat lebih 5 ribu keluarga yang benar-benar miskin walaupun sudah hampir 18 tahun Pas memerintah Kelantan.

Pemimpin Pas sering mendakwa semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz tidak ada orang yang merasa layak menerima zakat kerana semua sudah senang lenang, tetapi apabila sampai giliran Pas memerintah Kelantan, semuanya itu tidak berlaku bahkan masih ramai fakir miskin di Kelantan, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bahkan ada yang terpaksa mencari sisa-sisa makanan dan tin-tin kosong di dalam tong sampah.

Maka di manakah hebatnya kerajaan Islam ala Pas seperti yang dilaung-laungkan di tempat ceramah itu?

KEMUNGKARAN- 14
Gagal mengatasi masalah lapar tanah

Pas gagal membuka tanah-tanah rancangan untuk rakyat yang masih ketiadaan tanah. Selemah-lemah dan semiskin-miskin kerajaan Datuk Asri dalam tahun 60an dan 70an dahulu sebanyak 27 tanah rancangan yang dikenali Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTN) telah berjaya dibuka bagi menempatkan beribu-ribu keluarga miskin.

Dalam suasana negara yang belum maju, Datuk Asri telah berjaya merealisasikan ideanya untuk menyelesaikan masalah kelaparan tanah rakyat Kelantan.

Malangnya setelah hampir lapan belas tahun kepimpinan ulama Pas memerintah Kelantan, satu tanah rancangan pun masih belum dibuka oleh kerajaan Pas untuk membantu orang-orang yang ketiadaan tanah dan kebanyakan mereka bukan orang lain, penyokong dan pengundi Pas juga.

Maka di manakan hebatnya kerajaan ulama Nik Aziz berbanding kerajaan Datuk Asri dahulu?

KEMUNGKARAN- 15
Pas gagal mendekati masyarakat

Suatu ketika dahulu ada pemimpin Pas yang mengejek-ejek pemberian subsidi oleh kerajaan BN kepada orang-orang susah. Mereka mengejek kononnya kerajaan terpaksa memberikan subsidi termasuk subsidi beruk dan gigi palsu kerana mahu memancing undi.

Sekarang baru pemimpin Pas sedar kepentingan membantu golongan susah.

Sekarang baru ada sedikit program untuk kemasyarakatan. Baru-baru ini kita dapati dalam akhbar harakah pemimpin-pemimpin Pas tersengih-sengih memberikan sumbangan kepada orang-orang susah.

Kalau orang lain buat pancing undi, kita buat ikhlas? Ikhlas apa bende dah dekat pilihan raya baru jenguk orang susah, dah tu ambil gambar besar-besar nak tunjuk ka orang.

KEMUNGKARAN- 16
Pas menyalahkan Undi Pos tanpa sebab

Pas sengaja menuduh Umno ada pengundi hantu dan undi pos adalah untuk memenangkan BN. Hakikatnya tidak semua undi pos adalah undi untuk BN.

Jikalau diteliti daripada keputusan pilihan raya didapati ada pegawai kerajaan yang ramai undi Pas, demikian juga jkalau benarlah dalam undi tersebut ada penipuan kenapa di Kelantan Umno yang kalah? Tolong gunakan akal sedikit!

KEMUNGKARAN- 17
Kerajaan Pas pengotor

Kerajaan Pas Kelantan gagal membuktikan pelaksanaan Islam dalam bidang kebersihan. Kawan dan lawan Pas telah mengakui bahawa bandar Kota Bharu yang dianggap Bandaraya Islam adalah antara bandar yang terkotor di Malaysia.

Sampah sarap yang terbiar di segenap lorong dan jalan, di tangga Pasar dan di sudut-sudut Pasar Siti Khadijah adalah amat memalu dan menjijikan Islam.

Pelancong asing dan orang bukan Islam mendapat maklumat yang salah tentang Islam dengan cara Pas mempamerkan sampah di bandar Kota Bharu.

Walaupun banyak kali sungutan dan dilahirkan di dada-dada akhbar dan juga dari mulut Sultan, Pas buat-buat pekak sahaja dengan isu tersebut.

Lebih memalukan bandar yang tidak dipimpin oleh ulama seperti Kuantan dan Kuching berada di tempat teratas sebagai bandar paling bersih di Malaysia.

Di manakah kewibawaan Pas dalam soal sekecil ini. Usahlah melaung mendabik dada akulah pejuang Islam jika bandar Kota Bharu sendiri tidak mampu dijaga.

Tikus-tikus sebesar kucing berkeliaran bebas berasmara semasa orang menjamu selera di Pasar Siti Khadijah adalah memalu dan mencemar nama baik Ummahatul Mukminin.

Orang ramai bersungut: “Betapa liarnya tikus di bandar Kota Bharu begitulah liarnya hati pemimpin Pas dengan isu kebersihan”.

KEMUNGKARAN- 18
Tidak tegas dalam soal aurat

Amalan cakap tidak serupa bikin dalam soal aurat. Sekiranya kita tidak pernah pergi ke Kelantan sudah pasti kita akan menyangka bahawa rakyat Kelantan semuanya menutup aurat khasnya peniaga-peniaga di bandar Kota Bharu.

Hakikat sebenarnya tidak begitu. Suatu ketika dahulu ada kedai yang tidak beri lesen kerana ada pekerjanya tidak menutup aurat.

Sekarang semuanya tidak dipedulikan lagi. Soal sebenarnya ialah rakyat tidak segan kepada orang yang sibuk bercakap soal aurat. Rakyat tidak kesah kerana tidak ada kesungguhan daripada pemimpin Pas sendiri untuk hidup secara Islam.

Amalan yang tidak Islamik khasnya tidak mempedulikan rakyat masih tebal di kalangan pemimpin Pas.

KEMUNGKARAN- 19
Maksiat masih banyak

Dalam Sinar Harian baru-baru ini telah memaparkan bahawa di Kelantan masih banyak sarang maksiat sehingga ada isteri orang yang menjadi penjual barangan tak habis.

Demikian juga gejala sosial dan sumbang Mahram kekal ke paras tertinggi di Kelantan.

KEMUNGKARAN- 20
Sikap berdolak dalih dalam soal arak

Pas akan kalah kerana sikap talam dua muka Menteri Besar Kelantan.

Semasa menjadi Ketua Pembangkang DUN Kelantan iaitu pada 22 Mac 1987 Nik Abdul Aziz selaku Ahli DUN Semut Api semasa berhujah dengan pihak kerajaan berkata masalah haram arak dalam Islam ini kerana mabuk.

Jadi apabila arak itu diharamkan atas dasar ia memabukkan dan mabuk ini bukan sahaja terkena ke atas orang Islam, bahkan orang yang tidak Islam pun mabuk juga apabila meminumnya, sebab itu hukum itu patut disamaratakan.

Yang anehnya apabila Nik Aziz bertukar menjadi ADUN Chempaka dan menjadi Menteri Besar, arak ini boleh pula dijual kepada orang bukan Islam.

Bahkan beliau mengaku melalui akhbar Utusan Malaysia 19 November 1992 sebanyak 44 lesen arak telah beliau luluskan dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya.

Rupa-rupanya arak yang haram dan memabukkan itu adalah nikmat pula. Inilah sikap dua kitab pemimpin Pas. Kalau orang lain buat haramun. Kalau Pas buat halalun.

Bagi mereka yang tidak mengikuti pilihanraya umum tahun 1986 khasnya pemimpin Pas yang masih berhinggus pada tahun 1986 tetapi menjadi pendekar dan hulubalang Pas pada hari ini mereka barangkali tidak tahu bahawa :-

KEMUNGKARAN- 21
Kerajaan Pas mengambil duit haram

Pas semasa belum berkuasa dulu mengatakan bahawa duit kutipan denda kerana berzina dikatakan duit haram. Apabila Pas menang, undang-undang sedemikian masih diteruskan dan kita berhak bertanya sudah tidak haram lagikah duit hasil denda orang yang berzina?

Sikap dua undang-undang ini melambangkan Pas adalah parti cari makan saja, kalau orang lain buat tidak sah dari segi syariat, kalau Pas buat sah dari segi syariat.

Seolah-olah hukum syariat ini boleh diubah-ubah dan menjadi kepunyaan puak-puak Pas. Pemimpin Pas perlu menjelaskan ke mana hasil wang tersebut digunakan.

Apakah ia digunakan untuk membayar elaun guru-guru halaqat atau dilaburkan ke mana. Begitu juga duit lesen arak, duit lesen tempat-tempat maksiat yang diluluskan beroperasi khasnya di bandar Kota Bharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: